Pendapat tentang kata pinjaman zaman sekarang
Tahun lepas, ada sesuatu yang menyebabkan kekecohan di lelaman Berita Mediacorp (dari Singapura). Terjadi sebuah pembunuh di sebuah kedai perkakasan (atau “hardware shop” dalam Bahasa Inggeris). Yang menarik perhatian ramai bukanlah berita pembunuhan ini. Yang menarik perhatian ramai orang Melayu di Singapura adalah penggunaan perkataan “hadwe” di dalam tajuk berita yang dimuatnaik di media sosial. Segelintir pengguna media sosial mengutuk tajuk berita itu kerana menggunakan perkataan yang tidak tepat.
Ini bukanlah perkara yang terpencil. Sebelum itu, saya melihat sebuah hantaran di lelaman Facebook Ajar tentang penggunaan perkataan “sapot” dalam sebuah tanda yang menggalakkan warga Malaysia untuk menyokong produk tambahan.
Saya mula tertanya-tanya mengapa begitu banyak kata pinjaman pada zaman sekarang. Dahulu, apabila perkataan-perkataan seperti demokrasi dan fasisme diterapkan ke dalam Bahasa Melayu, ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Bahasa Melayu mungkin tidak mempunyai perkataan yang mampu membawa makna perkataan-perkataan tersebut kerana perkataan tersebut berasal dari negara Barat yang sudah mempunyai falsafah politik yang mungkin lebih matang daripada negara-negara Melayu.
Namun, saya berpendirian lain tentang penyerapan perkataan pinjaman ke dalam Bahasa Melayu pada zaman ini. Perkataan Inggeris seperti “support” dan “hardware” dimelayukan dan digunakan oleh media massa yang berbahasa Melayu, walhal sudah wujud perkataan-perkataan Melayu yang memiliki makna yang sama. Saya akur bahawa ada perkataan-perkataan Melayu baharu yang telah diperkenalkan seperti swafoto dan tunafoto, tetapi sekarang, ramai orang cenderung langsung memelayukan perkataan bahasa lain tanpa menggunakan perkataan Melayu sedia ada atau mencipta istilah baharu.
Pendek kata, saya khuatir jikalau penerapan kata pinjaman yang berlebihan ini boleh memudarkan keindahan Bahasa Melayu. Apakah pendapat anda?